Salam ramadhan kepada seluruh umat islam sedunia, alhamdulilah syukur kepada allah kerana memberikanku peluang untuk berjumpa dengan bulan yang penuh kemuliaan ini. Tersyahdu kumengenangkan segala pahit manis bulan puasa terdahulu. Ingat lagi masa kecil2 duluku puasa "yangyok" macam tipu la sebabnya minum air dalam tandas. Memang kelakar tapi itu pada usia 7 tahun. Kali ini masuk kali ke3 ku berpuasa di tempat orang. Rasa cepat masa itu berlalu. Rutin kebiasaan berpuasa di kampus is makan sahur awal pagi. Jam 12 ialah waktu standart untuk pergi bersahur. Kurma yusuff taiyub menjadi pilihanku setiap ramadhan. Yong tau fu menjadi rutin makanan untuk berbuka takala berada di kampung. Di sini nasi kerabu mak cik kelantan menjadi juadah untuk berbuka. Seperti biasa belum habis lagi puasa dah fikir pasal raya. Itu memang diriku. Hehe memikirkan baju raya yang belum ku tempah, dan macam2 lagi..
Sekadar semanis kurma ucapan puasa aku di blog ais kacang dan laksa ni. To all muslim selamat menjalani ibadah berpuasa yall..;)
Ahad, 31 Julai 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
Catat Ulasan